Wednesday, October 22, 2008

Mak aku sakit


Pada 4 Okt. 08 aku bawa mak pergi Hospital Selayang, sebab mak mengalami kaki bengkak yang teruk. pada hari tersebut terus mak dimasukkan ke wad 9C katil 25. Saban hari darah mak diambil hingga mak fobia... namun doktor masih belum dapat kesan sakit mak.. mcm ujian dibuat namun ada 2 ujian aku tak kasi iaitu ambil tisu leher dan tulang belakang. setelah 6 hari aku minta mak aku dikeluarkan dari hospital sebab mak aku dah tahan lagi...sian mak aku menanggis je...


Tuesday, October 14, 2008

Majlis Cukur Jambul

Majlis ini diadakan ketika aiman berusia 3bulan, kumpulan marhaban adalah dari Taman Rahmat Jaya, alhamdulillah majlis berjalan lancar..

Monday, October 13, 2008

My Lovely Office Friend

4 orang inilah kawan sepejabat aku, susah senang bersama. moga persahabatan nie berkekalan

Perkahwinan Rizal (1 Jun 08)

Pengantin nie namanya Mazrizal Mazalan.. isterinya Rosniza Bt. Redzuan... Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat...

Alahai cucu atuk..

Abah aku pun seronok gak..yelah cucu lelaki idaman malaya...

Sunday, October 12, 2008

Cucu Nenek...

Mak aku sangat seronok menimbang cucu pertamanya... dah lama dia jealous kat orang lain yang ada cucu..but akhirnya alhamdulillah dapat gak cucu..

Kelahiran yang Terindah...


Tanggal 6hb Januari 2008, lahirlah seorang bayi lelaki bernama Mohamad Nur Aiman. Lahir pada jam 12.27pm di Hospital Selayang seberat 3.28kg. Walaubagaimanapun aiman terpaksa ditempatkan di dalam NICU kerana aku menghidapi kencing manis ketika aku mengandungkannya.

Majlis Berbuka Puasa

Diadakan pada 19 Ramadan, di Quality Hotel. Ditaja oleh IK Resources. dihadiri oleh En. Safiri sekeluarga, En. Fendi Sekeluarga, ayu sekeluarga, Rizal Sekeluarga, Azizah sekeluarga, Badiah, Nurul, Laili, Ilham dan Addin.

Saturday, October 11, 2008

Hari Raya (1 Okt. 08)

Buat pertama kalinya aku dapat menunaikan hasrat mak iaitu semua sedondon, lengkap dengan langsir baru dan kusyen baru berwarna hijau terang.. aku tahu mak dan abah sangat gembira ketika itu hingga membuat mak mengalirkan airmata. kehadiran aiman cucu sulung menambah kegembiraan... namun ada kesedihan disebalik semua kegembiraan, 3 hari sebelum raya mak sakit.. kaki mak bengkak... jadi segala persediaan hari raya disediakan oleh aku dan suamiku.. tak pernah aku merasa sedih bergini..